http://chipsmore1991.blogspot.com/

CARA-CARA MENGEMBANGKAN SIFAT SABAR



15 Cara mengembangkan sifat sabar yang tinggi





1. Jangan terlalu memikirkan mengenai masalah, sakit kepala dan
 kesakitan serta mengharapkan simpati dan perhatian daripada
 orang lain.
2. Terimalah lebih banyak perhatian yang anda berikan kepada
 masalah-masalah ini lebih melihat keadaan anda nanti. Semua masalah
akan menjadi kelam kabut dan hati anda terluka dan berasa tidak sabar kerana
orang lain tidak peduli.
3. Jangan fikir anda harus menunjuk kepada orang lain bahawa anda berada dalam
 keadaan yang betul dan dapat memenangi hati mereka dalam setiap masalah yang
 anda lakukan.
4. Terimalah betapa susahnya untuk menyenangkan hati setiap orang.
Pastikan bahawa anda bersikap adil dan wajar dan biarkan
masa menentukannya.
5. Jangan fikir anda mengetahui benar apa yang terbaik untuk orang lain.
6. Terimalah sementara anda boleh terus cuba memujuk, tetapi
akan menimbulkan kesusahan untuk mengharapkan mereka melakukan apa yang anda
kehendaki. Ini tentunya mencetuskan ketidaksabaran kepada kedua pihak.
7. Jangan memikirkan bahawa kerana terdapat mereka yang tidak bersetuju
dengan anda,
 mereka bersifat tidak wajar terhadap anda.
8. Terimalah bahawa manusia berhak kepada pandangan yang dikemukakan.
 Anda mengharapkan mereka membenarkan anda untuk mendapat hak yang sama itu.
9. Jangan fikirkan mengenai semua perkara buruk yang akan berlaku terhadap diri anda.
10. Terimalah keadaan bahawa setiap orang mempunyai masa rehatnya. Cuba lihat di
luar daripada diri anda.
11. Bersimpati terhadap orang lain akan membantu anda bersifat lebih sabar.
12. Jangan fikirkan bahawa sifat yang tidak menentu dalam diri seseorang adalah
 terlalu penting.
13. Terimalah bahawa kadangkala diri kita yang baik ini pun boleh mengalami 
sifat berubah-ubah atau tidak menentu itu. Hadapilah dengan tenang dan 
cubalah ikuti sifat berubah-ubah diri anda itu.
14. Jangan fikir bahawa cita-cita dan apa yang anda kehendaki adalah
 terlalu penting.
15. Terimalah wujudnya kesulitan jika terlalu mengharapkan sesuatu masalah
 dalam hidup, terhadap diri anda dan orang lain. Jika anda terlalu berharap,
 kesedihan dan kekecewaan akan menjadikan anda sedih dan
 berkelakuan hilang sabar.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...