http://chipsmore1991.blogspot.com/

ISLAM

Kebenaran Melakukan Maksiat


Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat.”
Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, “Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka bolehlah kamu melakukan maksiat.”
Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya, “Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?”
Ibrahim bin Adham berkata, “Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya.”
Mendengar itu dia mengenyitkan kening seraya berkata, “Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?”


“Ya!” tegas Ibrahim bin Adham. “Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar laranganNya?”
“Yang kedua,” kata Ibrahim, “Kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumiNya!”
Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, “Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezekiNya dan tinggal di bumiNya, sedangkan kamu melanggar segala laranganNya?”
“Ya! Anda benar.” kata lelaki itu.
Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, “Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat olehNya!”
Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, “Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?”
“Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?” kata Ibrahim.
Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat. Ibrahim melanjutkan, “Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya; Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh.”
Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, “Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?”
 “Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?”
“Baiklah, apa syarat yang kelima?”
Ibrahim pun menjawab, “Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya.”


Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya.”
Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. “Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah.” katanya sambil terisak-isak.
Allahu a’lam bisshawab







12 Barisan Manusia Menuju Ke AKhirat.


barisan pertama: di iringi dari kubur dlm keadaan tidak bertangan & berkaki.
keadaan ini dijelaskan melalui seruan Allah swt :"mereka orang2 yg menyakiti hati jiran sewaktu hidup mereka.mereka yg sombong & tidak berbuat kebaikan kepada jiran tetangga akan mendapat kehinaan didunia maupun di akhirat".firman Allah 'aku akan memalingkan hati orang yg sombong serta takbur di muka bumi ini dengan tiada alasan yg benar dari (memahami) ayat2 ku(yg menunjukkan kekuasaan ku),itulah balasan & tempat kembali mereka adalah neraka"

barisan ke-2: di iringi dari kubur dlm bentuk babi hutan
datang seruan Allah "mereka orang yg meringan2kan solat sewaktu hidup,sesungguhnya orang yg memelihara solat 5waktu akan dihindari dari siksa kubur sebaliknya,mereka yg mengabaikan maka waktu dia mati,mayatnya akan dihimpit oleh liang lahat sehingga berselisih tulang rusuk." rasulullah saw bersabda "sesungguhnya seorang hamba apabila dia berdiri untuk bersolat,maka di letakkan semua dosanya di atas kepala & kedua2bahunya,maka setiap kali dia rukuk atau sujud,berjatuhanlah dosa2 itu

barisan ke-3: di iringi dari kubur dgn bentuk keldai & perut penuh ular serta kala jengking
"mereka adalah orang yg enggan membayar zakat ketika hidupnya walaupun pada ketika itu mereka tergolong dlm orang yg berkemampuan. inilah balasannya & tempat kembali mereka adalah neraka

barisan ke-4: diiringi dari kubur dlm keadaan darah memancut keluar dari mulut
"mereka adalah antara orang yg suka berdusta ketika berjual beli.berniagalah dengan jujur serta amanah agar hasil yg diperoleh datang dari sumber yg halal.


barisan ke-5: diiringi dari kubur dalam keadaan berbau busuk seperti bangkai
ketika itu Allah menurunkan angin sehingga bau busuk itu menganggu ketenteraman padang mahsyar "mereka ini adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka,takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula takut kepada Allah.inilah balasannya & tempat mereka juga adalah neraka

barisan ke-6 : diiringi dari kubur dengan keadaan kepala terputus dari badan
mereka adalah orang yg dahulunya menjadi saksi palsu.

barisan ke-7: diiringi dair kubur tanpa lidah tetapi mengalir darah & nanah dari mulut mereka
mereka ini adalah orang yg enggan memberi kesaksian kebenaran

barisan ke-8:diiringi dari kubur dlm keadaan terbalik,kepala kebawah & kaki ke atas
mereka adalah orang yg melakukan zina.tempat mereka juga adalah di neraka. sabda rasulullah "tiada bersunyi2an antara seorang lelaki & wanita,melainkan wujudnya syaitan sebagai orang ketiga antara mereka"

barisan ke-9:diiringi dari kubur dengan wajah hitam & bermata biru,sementara dlm diri mereka penuh dengan api
gemuruh
mereka adalah orang yg makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sepatutnya

barisan ke-10: diiringi dari kubur dlm keadaan tubuh berpenyakit sopak & dipenuhi kusta
mereka ini adalah orang yg derhaka kepada ibu bapa sewaktu hidupnya.

barisan ke-11: diiringi dari kubur dlm keadaan buta,gigi panjang seperti tanduk lembu jantan,bibir terjuih hingga ke dada & lidah terjulur hingga ke perut serta keluar pelbagai kotoran yg menjijikkan
mereka ini adalah orang yg minum arak sewaktu hidupnya.

barisan ke-12: diiringi dari kubur dengan wajah bersinar2 seperti bulan purnama
mereka melalui titian siratulmustakim seperti kilat.datang suara dari sisi Allah yang memaklumkan "mereka semasa hidupnya adalah orang yg beramal salih & melakukan kebaikan.mereka juga menjauhi perbuatan derhaka, memelihara solat lima waktu, & meninggalkan dunia dalam keadaan bertaubat.inilah balasan mereka & tempat kembali mereka adalah syurga,beroleh keampunan,kasih sayang & keredhaan Allah swt."














Manusia,malaikat,syaitan ...
Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan
solat subuh...
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini...
kejap lagi ye..

Manusia - Nak makan, laparlah
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan
Bismillah...
Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !!

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang
menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, lagipun tak ada style
langsung!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai anak Adam, nanti
terlewat untuk ke kuliah
Syaitan - Nak cepat-cepat buat apa? Lambat
lagi... baru pukul 8.30am...

Manusia - Azan sudah kedengaran...
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah
menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa... . rilex lah..

Manusia - Eh, eh... .tak boleh te ngok ini,
berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah
pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat
Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak
tengok..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain
orang. .

Manusia - Elok kalau akuu sampaikan nasihat ini
kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-
menasihatilah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat
apa sesusah.

Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, kamu telah berdosa,
tinggalkanlah dosa itu dan bertaubatlah,
sesungguhnya Allah Maha Pengampun..
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh
bertaubat (kalau sempat)..

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin
melangkah ke jalan yang dimurkai Allah,
berpalinglah dari jalan itu ..
Syaitan - Jangan bimbang, tak ada sesiapa yang
tahu...

Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan
RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat
untukmu.
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,
kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan di
akhirat (jangan mimpilah!) untukmu...




































KISAH SEBIJI EPAL

      

Indah sungguh cuaca pagi itu. Angin bertiup tenang. Sinaran mantari lembut menerangi alam. Tapi sayang, semua itu tidak dapat memadam kegundahan hati sebiji epal yang berada nun di pucuk.
Sejak seminggu lalu epal itu asyik berfikir, kenapa aku tidak dipetik orang? Kulitku licin mulus. Warnaku merah bersinar. Sesiapa yang melihat pasti terbakar seleranya. Pasti mereka terbayang betapa manisnya rasaku. “Tapi kenapa aku masih tidak dipetik orang?”
Epal tersebut memandang ke bawah. Hairan, kenapa manusia memilih rakan-rakannya yang berada di bawah sana. Bukankah mereka tidak mendapat angin paling bersih dan cahaya paling murni seperti aku yang berada di puncak ini? Bukankah rakan-rakanku itu ada yang sudah buruk dirosak serangga?
Epal tersebut bingung memikirkan kenapa rakan-rakannya yang telah pun disentuh dan dibelek-belek menjadi pilihan, bukan dirinya yang belum tercemar dan dicuit orang. Apa kurangnya diri ini?
Perasaan rendah diri mula bertandang. Makin lama makin menebal, diselangi rasa kecewa dan bimbang. Murungnya tidak tertanggung lagi. Lalu, pada pagi yang damai dan indah itu, epal tersebut menggugurkan dirinya ke tanah. Apabila sudah berada di bawah, hatinya gembira bukan kepalang. Sedetik lagi aku akan dipilih manusia. Warna merahku yang berkilau dan kulitku yang licin mulus ini pasti mencairkan liur mereka.


Epal menanti manusia bertuah. Malangnya sampai ke malam, tiada seorang pun yang datang mengambilnya. Buah-buahan yang tergantung yang mudah dicapai tangan juga menjadi pilihan orang. Yang sudah dibelek-belek, dicuit-cuit dan disentuh-sentuh juga menjadi buruan. Rasa gembira bertukar menjadi risau. Daripada risau menjadi sedih.
Siang berganti malam, hari berganti minggu. Kasihan.......
Akhirnya epal tersebut busuk di tanah menjadi habuan ulat dan serangga perosak.....
        Wanita itu ibarat epal. Buah yang tidak berkualiti amat mudah dipetik. Ia berguguran di tanah. Tapi, epal yang tidak mampu dibeli berada di puncak. Susah dipetik, susah dicapai. Hanya lelaki yang benar-benar hebat dan soleh sahaja yang mampu mencapainya. Mahkota seorang gadis ialah sifat malu. Apabila hilang sifat malu, hancurlah maruahnya. Mereka sanggup jatuhkan martabat tingginya supaya dijamah orang seperti rakan-rakannya yang lain. Akhirnya tiada lagi wanita suci dan mulus di sekeliling kita ini.
       
        Renung-renungkanlah wahai wanita Muslim sekalian...






Berkongsi Ilmu dari JAKIM dan berdo'a.

 Untuk menjadikan muka kelihatan berseri, bercahaya dan sentiasa basah, sentiasalah mengambil wudhu’ dan berada dalam keadaan berwudhu’.
  Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah 'olahraga'. Cukup dengan
memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh.
Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do'a.
  Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di
bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci', "Allahuma
Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii" (Ya Allah sebagaimana engkau
telah memperindah kejadianku, maka perindah pula ahlaqku). (HR Ahmad).-
DOA TENGOK CERMIN
  Untuk punya bibir cantik , bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak
berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau
takabur.
  Agar tubuh langsing , mulus, diet yang teratur dengan berpuasa
seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa
Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak
sayuran, buah-buahan, dan air putih.
  Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian
kita akan banyak dikenal dan disayangi.






Gagak, Bapa, dan Anak



Pada suatu petang,seorang tua bersama anak mudanya yang baru menamatkan pengajian tinggi duduk berbual-bual di halaman sambil memerhatikan keadaan di sekeliling mereka.

Tiba-tiba seekor burung gagak hinggap di pokok ranting yg berhampiran.Si ayah lalu menuding jari ke arah burung gagak sambil bertanya,"Nak,apakah benda itu..??"

"Burung gagak."jawap si anak.

Si ayah mengangguk-angguk,namun sejurus kemudian mengulangi lagi soalan yg sama.

Si anak menyangkakan si ayah kurang mendengar jawapannya tadi lalu menjawab dengan sedikit kuat,"Itu burung gagak ayah!"

Tetapi sejurus kemudian si ayah bertanya lagio soalan yg sama.Si anak berasa agak keliru dan sedikit runsing dgn soalan yg sama diulang-ulang,lalu menjawap dengan lebih kuat,"Burung gagak!!"

Si ayah terdiam seketika.Namun tidak lama kemudian bertanyakan lagi soalan yg sama sehingga si anak hilang sabar dan menjawab dgn nadi yg hendak tidak melayan si ayah,"gagak lah ayah....".

Tetapi agak mengejutkan si anak,apabila si ayah ingin lagi bertanyakan soalan yg sama.Dan kali ini si anak benar-benar hilang sabar dan marah.

"Ayah!!!Saya tidak tahu sama ada ayah paham atau tidak.Saya sudah memberikan jawapannya sebanyak lima kali.Apalagi yg ayah hendak saya katakan..???Itu burung gagak,burung gagaklah....",kata si anak dengan nadi yg sungguh marah.

Si ayah terus masuk ke dalam rumah meninggalkan si anak yg terpinga-pinga.Sebentar kemudian si ayah keluar dgn membawa satu benda di tangannya.Dia memberi benda itu kepada anaknya yg masih geram dan tertanya-tanya.Ianya diari lama.

"Cuba kau baca apa yg ayah tulis di dalam diari itu",pinta si ayah.Si anak akur dan membaca perenggan yg berikut:

"Hari ini aku di halaman rumah melayan karenah anakku yg genap berumr 5 thn.Tiba-tiba seekor gagak hinggap di pohon berhampiran.Anakku terus menunjuk ke arah gagak itu dan bertanya,"Itu apa ayah..??".Dan aku menjawab,"burung gagak.."

Walau bagaimanapun,anakku terus bertanyakan soalan yg sama dan setipa kali aku menjawab dengan jawapan yg sama.Sehingga 25 kali anakku bertanya soalan yg sama,dan demi cinta serta sayngkannya aku terus menjawab utk memenuhi perasaan ingin tahunya.Aku berharap itu menjadi satu pendidikan yg berharga."

Setelah selesai menbaca perenggan tersebut,si anak mengangkat muka memandang wajah si ayah yg sayu.Si ayah dengan perlahan berkata,"Hari ini ayah baru bertanyakan soalan yg sama sebanyak lima kali,dan kau telah hilang sabar dan menjadi marah."

MORAL:JAGALAH HATI KEDUA IBUBAPA

   

Kedekut Dan Cara Islam Menanganinya

Selalunya, orang suka berbicara mengenai kemiskinan dan cara Islam menanganinya. Ini kerana, kemiskinan seringkali disinonimkan sebagai virus yang merosakkan masyarakat. Memang benar, kemiskinan yang terbiar akan membiak menjadi barah tahap empat, ia perosak dan merosakkan negara. Kerana itulah ia perlu dikawal.

Dalam al-Quran Allah S.W.T menyebut jelas, si kaya yang kedekut itu adalah suatu ejen perosak. Allah S.W.T sudah memberi ingat bahawa:
“Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu daripada (kenikmatan) dunia dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerosakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerosakan."
(Surah Al-Qasas; ayat 77)

Sifat kedekut akan mengikis sifat ihsan dalam diri dan sifat kedekut itu jugalah yang mengunci mati pintu kebajikan orang yang kedekut.  Golongan ini akan melihat orang yang miskin dengan pandangan hina. Pandangan yang diselubungi elemen buruk sangka dan memualkan. Kesannya mereka akan membiarkan golongan miskin ini hidup tanpa dibela.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
“Dan demikianlah telah Kami uji sebahagian mereka (orang-orang kaya) dengan sebahagian mereka (orang-orang miskin), supaya (orang-orang yang kaya itu) berkata: “Orang-orang semacam inikah di antara kita yang diberi anugerah Allah kepada mereka?” (Allah berfirman): “Tidakkah Allah lebih mengetahui tentang orang-orang yang bersyukur (kepada-Nya). ? "
(Surah Al-An’am; ayat 53)

Maka, di sisi Allah S.W.T sebagai Al-Khalik, sudah disediakan suatu mekanisme khas untuk menangani kondisi kaya-miskin ini. Jangan nanti, si kaya lupa daratan dan si miskin mati kelaparan. Alat bagi menjamin keseimbangan didalam masyarakat inilah yang dinamakan ‘zakat.’ Tanpanya, akan hilang keseimbangan, maka rosaklah perhubungan dan tercetuslah perpecahan.
Kesimpulannya, kaya dan miskin adalah suatu keseimbangan dalam masyarakat. Namun, kemiskinan bukanlah suatu dambaan.Mewujudkan masyarakat tanpa ada orang miskin hendaklah diusahakan, iaitu kita wajib mensifarkan ‘kemiskinan jiwa.’ Inilah kemiskinan yang selalu merosakkan manusia. Miskin jiwa inilah, yang dihapuskan oleh Khalifah Umar bin Abdul Aziz R.A, lewat usia pemerintahannya kira-kira 1,000 tahun yang lalu. Catatan sejarah kegemilangan zakat yang sering disebut-sebut oleh kita semua. Wallahualam.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...