http://chipsmore1991.blogspot.com/

Saturday, September 24, 2011

Trak pikap terlaris di pasaran




HILUX memang boleh diharap untuk meredah laluan-laluan seperti ini.



ADA sesuatu yang berbeza dengan Toyota. Magisnya bukan terletak pada enjinnya yang menjimatkan minyak, rekabentuk yang futuristik atau sebagainya, tetapi kemampuannya untuk menarik orang ramai untuk membelinya.
Tidak percaya? Tengok sahaja di atas jalan raya. Berapa banyak kenderaan Toyota berbanding jenama dari Jepun atau Korea yang lain. Sedangkan kalau benar-benar diteliti, kenderaan Toyota tetap mempunyai kelemahan tersendiri. Lebih pelik lagi, situasi itu bersifat global, tidak hanya berlaku di Malaysia.
Sebenarnya populariti Toyota banyak bergantung kepada kepercayaan pengguna bahawa jenama itu menawarkan produk yang tahan lama, kurang masalah, nilai jualan semula yang tinggi dan macam-macam lagi.
Jadi, tidak hairanlah jika setiap kali produk baharunya diperkenalkan, perhatian yang diberikan oleh khalayak kadang-kadang agak membingungkan.
Projek IMV
Minggu ini, UMW Toyota Sdn. Bhd. (UMW Toyota) sekali lagi mahu membuktikan kejaguhannya. Kali ini menerusi model trak pikap yang menerima proses naik taraf. Toyota menamakan trak pikap yang pertama kali dibinanya pada tahun 1968 itu sebagai Hilux.
Bernaung di bawah projek IMV Toyota, Hilux yang dipasarkan di Malaysia dipasang di kilang Toyota di Rayong, Thailand. IMV merujuk kepada Innovative International Multi-purpose Vehicle (Kenderaan Pelbagai Guna Inovatif Antarabangsa).


HILUX kini dilengkapi dengan sistem navigasi dan kamera undur (untuk varian 3.0G sahaja).


Projek itu diinisiatif untuk membina sistem pengilangan dan pembekalan yang optimum bagi model-model trak pikap (Hilux), SUV (Fortuner) dan MPV (Innova) demi memenuhi permintaan di lebih 140 buah negara di seluruh dunia. Janji Toyota, semua pelanggannya akan menikmati kualiti tertinggi Toyota, walau di mana pun kenderaan itu dihasilkan.
Sama ada di hutan hujan di Asia, padang pasir atau gurun di benua Afrika, Hilux diterima baik dalam setiap pasaran yang disertainya. Jika tidak, bagaimana sebanyak 2.7 juta unit Hilux sudah berjaya dijual di seluruh dunia sehingga tahun 2010?
Generasi ketujuh Hilux menjengah pasaran tempatan pada tahun 2005. Sejak itu, ia muncul sebagai peneraju pasaran dengan jumlah jualan mencecah 90,000 unit.
“Tahun lalu, rekod jualan Hilux melebihi 18,500 unit. Sehingga hujung bulan Ogos tahun ini pula, hampir 14,000 unit Hilux telah dijual iaitu peningkatan sebanyak 20 peratus berbanding tempoh sama pada tahun 2010.

RUANG kargo yang cukup luas untuk anda mengangkut barang-barang.


“Kami menyasarkan jualan di antara 1,800 hingga 2,000 unit sebulan memandangkan permintaan terhadap trak pikap di Malaysia masih kukuh,” jelas Presiden UMW Toyota Sdn. Bhd., Ismet Suki sambil memberitahu, UMW Toyota kini sudah pun menerima lebih 3,300 tempahan.
Hilux bermula dengan varian 2.5 liter bersama pilihan transmisi manual dan automatik. Model itu kemudian menerima proses naik taraf tiga tahun kemudian. Selepas menerima maklum balas daripada pelanggan yang mahukan versi Hilux lebih berkuasa, UMW Toyota mengambil keputusan untuk memperkenalkan varian 3.0 liter pada tahun lalu.
Untuk makluman anda, Toyota merupakan jenama trak pikap yang paling lewat menawarkan varian tersebut. Sedangkan Ford, Isuzu, Mitsubishi, Mazda, Nissan dan Ssangyong sudah agak lama berbuat demikian.
Sesi pandu uji
Sehari sebelum pelancaran, saya berpeluang memandu uji kedua-dua varian terbaharu Hilux di Shah Alam, Selangor. Dibahagikan kepada dua sesi, ia dimulakan dengan sesi pandu uji bagi menguji kemampuan Hilux meredah laluan-laluan off-road sebenar.

PENAMPILAN lebih masklulin menerusi rekaan bampar, lampu utama dan bonet yang baharu.


Sama ada menaiki dan menuruni kawasan cerun yang curam, meredah lopak air setinggi tayar trak atau melalui laluan penuh selut, Hilux nampaknya tidak berdepan masalah untuk mengatasi semuanya.
Enjin 2.5 atau 3.0 liter itu memberi cukup kuasa bagi memastikan pemandu tidak terlekat di atas jalan yang beberapa jam sebelum sesi pandu uji disiram oleh hujan lebat.
Penolong Ketua Jurutera IMV, Toyota Motor Corporation, Osamu Tomioka mengakui bahawa Hilux telah diuji di semua bentuk cuaca dan muka bumi bagi memastikan ia mampu memenuhi ekspektasi setiap pemiliknya.
Jika dilihat kepada Hilux yang ditambah baik ini, jelas bahawa Toyota cuba untuk menjadikannya sebuah trak pikap yang sarat dengan ciri-ciri moden dan bernilai untuk wang anda.
Ditawarkan dalam lima varian kesemuanya, Hilux menerima perubahan dari segi penampilannya. Paling ketara pastinya bahagian dengan reka bentuk tiga dimensi yang meliputi bonet, gril dan bampar. Versi 2.5 dan 3.0 liter juga dapat dibezakan dengan skup udara yang kali ini nampak lebih lebar.
Penampilan lebih segar
Bahagian belakangnya pula dipasang dengan lampu baharu, bersama lampu brek jenis LED pada kedudukan lebih tinggi agar mudah dilihat oleh pengguna jalan raya yang lain.
Ruang kabin Hilux menerima perubahan besar. Papan pemukanya dipapar menerusi rekaan susun atur yang memisahkan konsol tengah kepada dua bahagian untuk menempatkan sistem audio dan butang kawalan pendingin udara.
Bagi varian 3.0G sahaja, pemandunya diberi paparan MID (Multi-Information Display). Ia memaparkan pelbagai informasi berguna termasuklah suhu luar kabin, penggunaan minyak secara purata, jarak dengan minyak sedia ada dan banyak lagi.
Hilux juga dipasang dengan stereng baharu. Ia dilengkapi dengan butang kawalan audio dan MID. Apa yang lebih penting, gabungan semua elemen baru di dalam kabin ini membuatkan pemandu seakan-akan berada dalam sebuah kereta sedan.
Menyedari ada pelanggan yang mahu membuatkan Hilux miliknya berbeza dengan yang lain, UMW Toyota turut menawarkan beberapa aksesori khas. Antaranya ialah sport bar, filem solar dan sistem DVD-Audio Video Navigation Toyota


Friday, September 23, 2011

Kenapa Blogger Perempuan Lebih Ramai Dari Blogger Lelaki


Sekilas pandang, manakah lebih ramai. Blogger perempuan atau blogger lelaki.?
Blogger mana yang aktif menguasai ruang maya.? Lelaki atau perempuan.?


Kalau aku, memang akan aku kata blogger perempuan lebih ramai daripada lelaki, dan blogger perempuan juga yang lebih aktif berbanding lelaki. Hendak kata ukuran tu, aku tiada ukuran yang tepat dengan nilai kuantiti. tetapi cukuplah berdasarkan pemerhatian sepanjang aku berada di alam maya ini.


Dan juga aku ambil screenshot dari 3 blog aku berdasarkan followers (thnks kepada semua followers aku.:), yang mana agak jelas menunjukkan blogger perempuan lebih ramai berbanding blogger lelaki pada sekilas pandang.







Mungkin persoalan sebegini boleh dilontarkan.
Kenapakah blogger perempuan lebih ramai berbanding blogger lelaki.?


Aku bagi beberapa point yang aku pikirkan.
sesiapa yang ada pendapat lain, digalakkan untuk berkongsi pendapat anda.
Mungkin anda ada point² lain.:)


Berikut 4 point yang aku pikirkan.




1.Perempuan lebih celik IT.

Apa yang aku maksudkan perempuan lebih celik It adalah perempuan lebih banyak terlibat dengan dunia internet. Antara sebab kenapa perempuan lebih terdedah kepada dunia It adalah, perempuan lebih banyak yang berada 'level' purata yang lebih tinggi berbanding lelaki. contohnya perempuan lebih ramai di IPT atau di kebanyakan bidang sekarang ini.

Apabila level seseorang itu tinggi, kemungkinan untuk terlibat dengan dunia internet adalah tinggi. Walaupun terdapat pelbagai cabang dalam dunia internet ini, tetapi salah satu daripadanya adalah blogging. Dan kuantiti blogger sekarang ini dikuasai oleh blogger perempuan.:)


2.Perempuan mempunyai lebih banyak masa.

Masa setiap orang adalah sama 24 jam.:) Apa yang aku maksudkan adalah perempuan biasanya mempunyai lebih banyak masa untuk mengadap internet berbanding lelaki. Contohnya, apabila habis waktu kerja/belajar lelaki lebih suka lepak atau buat aktiviti lain. Perempuan pula lebih suka berada di rumah/asrama. dan aktiviti dorang masa ini, sembang sikit, gosip sikit, blogging, baca novel.So peluang untuk perempuan berblogging lebih tinggi.

Itu belum masuk lagi dengan suri rumah sepenuh masa. kalau suri rumah yang tahu bab blogging ini, aku rasa kalau sudah siap kemas rumah, memasak, mandikan anak, jadi masa lapang mereka adalah berblogging.

Kalau lelaki mungkin mereka lebih kepada aktiviti luar. Contoh macam aku, balik kerja sudah plan malam hendak lepak kat mana. itu ini lagi. Balik kalau ada masa online sekejap. Sebab itu entri jarang² sekarang kot.:).

3.Perempuan suka berkongsi sesuatu.

Perempuan sifatnya suka berkongsi cerita, tidak kira kisah suka atau duka. Sebab itulah biasa untuk kita jumpa blog perempuan yang bercerita tentang kisah kehidupan sehariannya. Tidak kira sedih atau gembira atau pelbagai kisah lagi. Agak kurang kalau lelaki. Lelaki jarang hendak cerita apa yagng berlaku, lagi-lagi online.:)

Disebabkan sifat perempuan suka berkongsi perasaan mereka, blogging adalah salah satu medium untuk mereka. Sebab dahulu mungkin luahan perasaan dilakukan dalam diari fizikal, sekarang diari maya.:)
Ini secara tidak langsung menambahkan lagi bilangan blogger yang ada di alam maya ini.:)

4. Tarikan kawan-kawan.

Aku rasa mungkin perkara ni sedikit sebanyak mempengaruhi juga. Kawan dia ada blog, dia pun ikut hendak buat blog. Walaupun mula-mula macam tidak mahu, tetapi pujuk sikit, buat la juga. Isi kandungan kemudian cerita yang penting ada blog dahulu.:)

Kalau lelaki, aku rasa macam jarang sikit terpengaruh dengan ajakan member untuk berblogging. Kecuali kalau betul-betul yang ada menarik perhatian. Sebab aku katakan tadi, mungkin lelaki lebih berminat kepada aktiviti fizikal (outdoor) berbanding mengadap pc/laptop dan menaip entri.

BONUS.
5. Blogging = Hobi Perempuan..?

Eh, aku lelaki apa...ha3..

--------------------------------------------------------

Percaya atau tidak:

Walaupun blogger perempuan lebih ramai, tetapi ramai yang pakar bab blogging/IT ini adalah dari golongan lelaki..:)




Soalan Biasa Lelaki Tanya Perempuan


Perhubungan antara lelaki dan perempuan sememangnya sesuatu yang agak kompleks untuk dikaji secara mendalam. Walaupun begitu kajian demi kajian telah dilakukan untuk membolehkan perempuan dan lelaki saling memahami. Walaupun tidak faham sepenuhnya, tetapi cukup sekadar untuk mengetahui bagaimana perlakuan 2 gender yang berlainan.


Untuk entri kali ini, juga berkaitan gender (yup kerana topic gender seronok untuk dibicarakan.:). entri kali ini merujuk kepada ayat biasa yang digunakan oleh lelaki apabila memulakan percakapan dengan perempuan apbila berhubungan melalui telefon. Aku bagi 2 contoh la yang biasa digunakan dan kenapa digunakan serta kenapa perempuan tidak perlu mempertikaikannya.





Kenapa aku kata perempuan tidak perlu pertikaikan apa yang kami, kaum lelaki ini tanya.? Kerana aku pernah juga baca entri/status suatu masa dahulu, yang maksud lebih kurang 'lelaki ini tak de soalan lain ke hendak tanya'. Aku sudah tidak ingat entri atau status FB mana, tapi dah lama aku baca, kemudian teringat. Sebab itulah aku buat entri ini.:). Kalau korang ada link yang berkaitan boleh la bagitahu, boleh aku link dengan entri ini.

1. Apa khabar, sihat tak.?

Memang biasa dan begitu normal untuk menanyakan keadaan seseorang itu samada sihat atau tidak. Walaupun tiap-tiap hari anda bertanyakan kepadanya.



i) Semestinya untuk mengetahui samada orang yang ditanya itu sihat atau tidak.
Kenapa.? Jika jawapannya adalah sihat - soalan susulan dan tindakan adalah tidak sama jika jawapan yang diberi adalah tidak sihat.

ii) Bagi hint modal untuk bermanja.
- Contoh la jawapan perempuan bagi tidak sihat. Lelaki akan tanya balik. 'Ye ke, sakit apa'. Perempuan boleh jawab. 'Sakit rindu kat awak la'..bla bla bla.. Tengok kan sudah boleh jadi model untuk beranja-manja..ha³.

Jadi jika lelaki bertanya awak apa khabar?, sihat tak.?.Perempuan jangan la nak tanya pula kenapa kami orang lelaki tanya macam tu. Takkan kami hendak mula. "hi awak, eh tak mati lagi rupanya". Kan sadis sekali permulaan macam tu..ha².


2.) Awak tengah buat apa tu.?

Selepas soalan awak sihat tak.? soalan susulan yang biasa keluar adalah awak tengah buat apa tu.? Walaupun korang berdua baru sahaja berchatting atau berbalas komen di facebook, kemungkinan ada untuk soalan 'awak tengah buat apa tu?' juga ada. Kenapa ek.?



i) Memang hendak tahu buat apa kerana lelaki ada juga perasaan curious. Masa chatting/balas komen ta dengar apa. Masa bercakap di phone akan dengar bunyi. Lagi lelaki akan tanya jika ada bunyi-bunyi lain dibelakang. Contoh bunyi kuali ke, bunyi muzik ke. So memang lelaki hendak tahu perempuan sedang buat apa.

ii) Bagi hint model bermanja.
Contoh kalau jawapan biasa. Awak buat apa.? Jwpn: Tengah cakap dengan awak la.. Kan tak best jawapan macam ni. Cuba kalau ditanya awak buat apa. Jwpn: Entah saya tengah cakap² dengan benda petak ni tapi ada suara awak yang kuar. Best juga suara awak eh, macam artis indon".. Ha, kan lain sikit jawapan tu. Walaupun soalan biasa, awak tengah buat apa tu, tetapi jawapannya boleh dipelbagaikan.:)

Selain lelaki menggunakan ayat tanya awak sedang buat apa tu, kami juga suka meneka, ataupun buat-buat meneka.
Contoh, 'awak tengah baca buku ek. '
Kalau jawapan betul, boleh la berlagak sikit. 'Tengok, saya memang ada kuasa psikik'
Kalau jawapan salah, soalan susulan, 'Dah awak tengah buat apa tu' yang mana soalan ni merujuk kembali kepada point di atas.:)

iii) Tengah pikir point lain.
- 2 soalan ambil masa 2 minit. Eh, ingat kami lelaki ni tak kena pikir ke. Kami kena pikir soalan apa yang hendak tanya seterusnya.:). So kira 2 soalan bonus di atas macam nak curi masa sikit la untuk pikir soalan seterusnya. Susah juga jadi lelaki ni, kena selalu berpikir apabila berbual dengan perempuan.:)

---------------------------

So bagi aku pun, memang biasa untuk tanya 2 soalan ini apabila memulakan percakapan. (tapi sekarang macam dah kurang memulakan percakapan.ha³). Kan kalau guna soalan lain yang ganas terkejut pulak. Juga soalan² lain yang biasa seperti 'awak sudah makan ke', 'awak sudah mandi ke' , 'awak pergi mana tadi'..

Oleh itu, lelaki sudah menanyakan 2 soalan yang bagus untuk permulaan percakapan. terpulang kepada perempuan bagaimana untuk mencorakkan bagaimana perbualan ini seterusnya. Anda boleh menjadikannya seronok atau menjadikannya hambar.

Bukan kami lelaki tidak boleh tanya soalan lain, tetapi lelaki juga lebih suka untuk menunjukkan mereka mengambil berat.:) Dan juga jangan ditanya kepada lelaki yang telefon anda, "Awak tak de soalan lain ke".. Kan terus dia tak telefon nanti..ha³

Satu lagi pesanan kepada kaum perempuan , kalau hendak tahu susah senang, cuba korang start perbualan dan korang kuasai sepenuhnya. Korang suruh lelaki jawab je, korang tanya. Baru korang tahu susah senang hendak menjana pertanyaan untuk memastikan perbualan tu tak 'mati'..:)


pssstt: tengok kaum lelaki, aku backup lelaki baik punya..ha³..




Thursday, September 22, 2011

Kelebihan Menjadi Wanita


Assalamualaikum,hari ni nak share dgn korang semua kelebihan menjadi seorang wanita,bertuahnya kita kaum hawa..
1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana
sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika
ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih
penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2.
 Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam
rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya
.Allah
mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan
darinya 1,000 kejahatan.

3. 
Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak
bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada
jalan Allah.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak,
keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi
ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara
anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.
7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya,
darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan
Allah dan orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar) ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya
seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak
lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah
dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan
agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa
bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya,
masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.
12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah,
siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah,
"Suaminya".
"Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah,
"Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu,
maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di
laut,burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua
beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan
tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akantinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara
perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan
mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka
akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.


wallahua'lam...


KENALPASTI JENIS SAKIT KEPALA DAN CARA MENANGANINYA


Sakit kepala adalah gejala yang paling biasa di dalam kebanyakan penyakit. Adalah penting untuk mengenalpasti punca sakit kepala dan belajar untuk menanganinya, supaya sakit dapat dikurangkan.


1. Sakit Kepala Yang Tegang

Ia merupakan bentuk sakit kepala yang paling biasa. Ia merupakan sakit kepala yang berterusan dan yang meneruk pada waktu pagi. Sakit terhasil dari pengecutan berterusan otot-otot pada bahagian kepala dan leher yang menyebabkan rasa berat pada dan di belakang leher. Pesakit terasa seperti adanya pemberat di kepala atau pita di sekeliling kepala. Biasanya, stres dan kegelisahan dikaitkan dengan sakit kepala jenis ini. Selain daripada sakit semasa pemberian tekanan pada otot di leher, pemeriksaan-pemeriksaan lain adalah normal.

2. Migrain

Ia merupakan sakit kepala yang tenat dan yang berpanjangan sehingga 6-24 jam. Ia diklasifikasikan kepada dua jenis.

Migrain klasik
Sakit kepala dengan kehilangan selera makan, mual dan muntah, yang didahlui oleh "aura" - kesan visual seperti pancaran petir, perasaan mencucuk dan perubahan fikiran.

Migrain biasa
lebih kurang sama kecuali tiada kehadiran.

Bentuk migran lain yang lebih jarang
Migrain biasanya didapati di kalangan 5% populasi. Kebanyakan pesakit mendapat serangan pertama mereka sebelum berumur 30 tahun. Sakit kepala ini biasanya berlaku pada sebelah kepala tetapi kerap kali menyeluruh, dan berlaku kurang dari sekali dalam sebulan.

3. Sakit Kepala Berkelompok

Ia mengakibatkan sakit menikam yang tajam yang menumpu pada sebelah mata. Biasanya pesakit akan terjaga dengan sakit kepala ini dalam beberapa jam sahaja selepas tidur. Gejala-gejala seperti keluarnya air mata, kelopak mata yang melentok dan hidung berhingus mungkin juga hadir. Jangkamasa serangan adalah biasanya pendek, selama 30-90 minit.

4. Sakit Kepala Disebabkan Oleh Penyakit Yang Memberi Kesan Terhadap Salur-salur Darah

Ini adalah disebabkan oleh kesan salur-salur darah di dalam tengkorak, misalannya pendarahan, gumpalan darah, kelemahan dan penipisan dinding pada salur-salur darah dan tekanan darah yang tinggi.

5. Peningkatan Tekanan Pada Otak

Tekanan di dalam kranium mungkin ditingkatkan oleh ketumbesaran, bengkak bernanah, keradangan selaput otak dan kecederaan dengan pembengkakkan pada otak.

6. Keradangan Pada Selaput Otak

Ia mungkin dihubungkan dengan rasa mual dan sakit atau kekakuan pada leher.

7. Sakit Kepala Selepas Dilanggar Pada Bahagian Kepala

Ini mungkin menunjukkan kerosakan yang serius seperti tengkorak yang patah atau pendarahan dalaman.

8. Penyakit Pada Tengkorak Atau Pada Rongga Tulang (Sinus)

Penyakit seperti sinusitis, tengkorak yang patah dan tumor tulang boleh menyebabkan sakit kepala.

9. Penyakit Telinga

Penyakit-penyakit telinga yang tertentu boleh menyebabkan sakit kepala.

10. Penyakit-penyakit Mata Dan Orbit

Tumor orbital dan glaukoma (peningkatan tekanan dalam mata) boleh menyebabkan sakit kepala.

11. Punca Toksik Dan Metabolik

Jangkitan dengan demam, aras gula yang rendah dalam darah dan rasa kurang senang selepas memiium arak, juga boleh menyebabkan sakit kepala.


Faktor-faktor Pencetus
  • Stres
  • Corak tidur yang berubah
  • Alkohol
  • Senaman fizikal yang bersungguh-sungguh
  • Cahaya yang terang
  • Kelaparan
  • Makanan-makanan tertentu, contohnya wain, coklat
  • Pengawet-pengawet makanan, misalannya nitrat dalam sosej
  • Kesan pengunduran dari kopi (kafein)
  • Ubat-ubat tertentu - runding dengan pegawai farmasi anda
  • Perubahan hormon, misalannya semasa haid, pengambilan pil perancang keluarga
  • Persekitaran yang sesak, misalannya bilik yang berisi asap

Pengendalian
  1. Mengelakkan dari faktor-faktor yang merangsangkannya
  2. Ambil ubat penahan sakit yang mudah (runding dengan doktor ataupun pegawai farmasi anda).
  3. Sakit kepala Sinus - Ambil ubat antihistamin atau yang melegakan penyumbatan hidung (runding dengan doktor ataupun pegawai farmasi anda).
  4. Letakkan tekanan yang panas pada bahagian sinus.

Berjumpa dengan doktor jika
  • sakit kepala tidak dilegai oleh penjagaan kendiri yang mudah.
  • Sakit kepala hadir bersama demam, kekakuan pada leher, masalah penglihatan dan perubahan keperibadian ataupun jika ia berlaku selepas kecedaran di bahagian kepala.
  • Sakit kepala yang berulang-ulang dan bertambah tenat.

Tabiat Baru
  • Belajar untuk beristirehat
  • Singkirkan stres dengan merancang aktivit-aktiviti anda terlebih dahulu dan biarkan keluarga anda membantu anda.
  • Senam selalu dan jadilah bertenaga.
  • Makan makanan yang berkhasiat dan seimbang selalu.
  • Dapatkan tidur yang tetap dan secukupnya.
  • Pakai cermin mata gelap untuk mengurangkan silau.
  • Minum air yang secukupnya, terutamanya semasa cuaca panas.
  • Jangan ambil ubat penahan sakit yang terlampau banyak.
  • Periksa mata anda dengan seorang doktor pakar.

Perubahan dalam gaya hidup boleh melegakan atau menghapuskan kebanyakan dari sakit kepala yang biasa.



Kecantikan Lelaki Dan Kegagahan Wanita

Nak tahu dimana Kecantikan Lelaki ????

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni
rohani. Lelaki yang cantik adalah:-

1) Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan.

2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran.

3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun.

4) Lelaki yang tenang dan lapang dada.

5) Lelaki yang baik sangka.

6) Lelaki yang tak pernah putus asa.

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan Yang
Ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki...

Dan dimana Kegagahan Wanita???

Kegagahan seorang w anita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada
kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah:-

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan.

2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan.

3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan.

4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada
pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Sabda Rasulullah SAW:

"Sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat " Surah Al-Ahzab : Ayat 71

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu
dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka
sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."


Wallahualam

Tukar Facebook Chat Ke Versi Lama

Facebook chat versi baru agak menjengkelkan. Rasa macam tidak mesra pengguna pula. Dan rasanya memang tidak mesra pengguna pun, sebab tu aku tak suka paparan chat versi baru ini.





Oleh sebab tu, aku bertukar kepada chat versi lama. aku rasa korang pun tidak suka kan versi yang baru ni, kalau suka sila bagitahu sebabnya yek...




Ok, untuk kali ini aku hendak kongsikan 2 addons yang boleh jadikan facebook korang kembali kepada versi lama. Addons untuk pengguna Firefox dan juga pengguna Google Chrome.


Untuk pengguna Firefox, install addons dari link ini.




Dan untuk pengguna Google Chrome boleh install addons dari link ini. (Pastikan link ini dibuka menggunakan browser google chrome)



Buka facebook anda dan kembali berchatting menggunakan paparan lama. Selamat Mencuba..


P/s : Tolong Share pada kawan2 yang lain yer...Thanks

Saturday, September 17, 2011

Selamat Hari Malaysia!!


 ingat nak cat muka aku tadi, tapi tak jadilah. hihi


Aku suka tengok Melayu borak borak dengan Cina dan India dekat satu meja makan. semua guna Bahasa Melayu. Semalam mak aku bergurau pulak dengan apek tua yang jual suratkhabar tu. Cina tu pun ramah. 


Minggu lepas pulak aku nampak sorang India ni bagi makcik Melayu yang berdiri dekat dalam komuter tu, tempat duduk dia. Sebelah aku pulak masa tu ada satu group student Cina, Melayu dan India tengah rancak borak. Kadang kadang dalam bahasa melayu. kadang kadang speaking. 


best kan macam tu?

tapi bila open house hari raya, melayu sama melayu, duduk berpuak puak. 

damn pathetic aite?

Selamat Menyambut Hari Malaysia

Wah bila semua orang sibuk cerita pasal universiti dan kolej aku sudah mula membayangkan betapa bestnya dapat masuk universiti.Suasana pembelajaran pun berbeza selain kelompok persahabatan semakin berkembang.Waahh, ini membuat semangat aku nak belajar betul-betul la time sekolah ini.Sering kali kan kita sering mendengar cerita si polan tu nak bodek hati pensyarah.
" Ala, dia bodek sebab nak minta markah lebih la tu! "


Woops! Tunggu dulu jangan la mudah salah sangka ye.Apa semua ini? Mesti ramai kan di kalangan korang apabila tengok je seseorang itu rapat dengan pensyarahnya, mesti dicop sebagai pembodek.Betul tak? Eh, tapi semua itu adalah SALAH SAMA SEKALI.Kenapa aku menafikan kenyataan ini sekeras-kerasnya ? Sebenarnya bila kita menjalinkan hubungan baik dengan lecturer kita,automatik memudahkan kita untuk menyelesaikan tugasan telah yang diberikan.


Tak percaya? Meh sini duduk dekat-dekat, yang dekat-dekat mari rapat.Meh sini aku mahu story sket dan mahu kasi tips untuk memikat hati pensyarah.Woops! Diingatkan sekali lagi, ini bukan pembodek namanya okay. Jom ikut tips di bawah :)

Tunjukkan minat korang sebagai pelajar.Apa yang perlu dibuat ye? Okay, macam ini.Apa kata korang lepas ni ubah tabiat.Caranya semudah ABC iaitu sebagai mahasiswa, mahasiswi, pelajar dan seangkatan dengannya, apa kata korang berikan perhatian kepada setiap kuliah yang disampaikan oleh pensyarah.Kalau boleh time kuliah, cepat-cepat cop barisan hadapan untuk mengelakkan mengantuk di tahap yang sangat kritikal.Ngehehehe dan secara tidak langsung lecturer komfom punya senang ingat dekat muka korang tu.Kalau boleh tunjukkan minat yang mendalam terhadap lecturer tu, bukan MAIN MATA okay.Opps :)

Tips yang kedua pula ialah jangan malu bertanya soalan.Haiyaa, bak kata pepatah melayu jangan jadi bodoh sombong.Dah la bodoh lepas tu sombong ingin bertanya.Mesti korang tak mahu kan jadi cam gitu? Contohnya time tu pensyarah mengajar satu topik baru atau mungkin membosankan buat korang dan time tu la mood blur akan muncul.So, automatik apa yang disampaikan tidak masuk dalam otak.Kan? Apa kata lepas ni korang jangan segan silu jumpa lecturer.Dan yang paling penting TOLONG ABAIKAN EJEKAN ATAU UMPATAN rakan-rakan yang sibuk buat gosip tak tentu pasal.Just be yourself, kalau nak jadi pelajar cemerlang USAHA itu perlu right? Buang jauh-jauh rasa malu-malu tu.

Tunjukkan result yang cemerlang.Study smart not study hard! Pepatah ini sampai sekarang aku still pegang.Untuk memikat hati pensyarah, perkara penting sekali ialah tunjukkan result korang yang gempak uh dan lakukan pada setiap semester supaya lecturer tahu yang korang betul-betul usaha keras untuk dapatkan result yang cemerlang.Of course la pensyarah tu bukan main kagum lagi dengan pencapaian anak buah dia.Dan paling BEST bila lecturer tu menawarkan kita menjadi tutor atau pensyarah.Wahh, syok :)

Mesra dengan pensyarah.Woops, jangan pikir bukan-bukan okay.Ini bukan mesra sebarang mesra.Maksud aku dekat sini ialah apa kata korang amalkan tips yang d'ya nak kasi sikit ni.Apa kata setiap kali korang terserempak dengan pensyarah korang tu,apa salahnya kamu bertanyakan khabar ke? Tanya pasal pelajaran ke? Ajak candle light dinner ke? Woops2, ini dah lebih-lebih lagi.Jangan pakai ok tips yang nak ajak lecturer pegi candle light dinner, komfom je minta flying kick free je dari dia.Hehe, dan paling penting cuba kasi senyuman paling TERmanis buat pensyarah kamu.Wahhh, hati-hati okay jangan sampai terpikat sudah. :)


Tips seterusnya ialah hulurkan bantuan kepada pensyarah kamu.Tujuan ini bukan untuk membodek okay tetapi memudahkan korang berinteraksi dengan lecturer korang.Contoh, korang boleh tolongkan lecturer mengangkat buku ke dan apa-apa jela.Dengan cara ini, senang je kan nak pikat hati pensyarah? Hehehe

Akhir sekali ialah please jangan undang kemarahan pensyarah.Yang ini la bahayanya kalau dah pandai bermain api.Ewh, apa maksud aku ni?Okay, maksud aku ialh sering kali kita dengar ramai pelajar IPT sering kali datang lewat time kuliah, ponteng class dan paling teruk bila meminta kawan menandakan kehadiran si dia.Dan ada juga yang tak beri perhatian terhadap perkara yang diajarkan.Ini pasti mengundang kemarahan kan? Apa pun tak boleh? So, pikir-pikirkan lah apa yang perlu dibuat.Bak kata Nabil "LU PIKIR LA SENDRI" .


p/s : tips ni hanya untuk tujuan santai saje.Kalau nak gunakan tips ni boleh saje yang penting ikhlas dalam setiap perbuatan :)

Friday, September 16, 2011

PETUA DULU-DULU



Petua Dulu-Dulu..


13FEB
Ini adalah himpunan petua orang orang tua yang cukup berguna untuk kehidupan anda. Kebanyakan nya berkisar mengenai apa yang anda buat di dapur.
Hilangkan Pahit Sayur Peria
Peria memang pahit. Kalau hendak menghilangkan pahitnya, potong peria dan rendam didalam air berisi garam halus. Setelah lebih kurang 25 minit, sejat dan masaklah peria tadi. Insya’allah, mesti berkesan.
Cara Masak Air Dengan Cepat
Kadang-kadang kita terlupa memasak air. Oleh itu untuk memasak air dengan lebih cepat masukkan satu sudu besi bersih yang kecil di dalam cerek bersama air kemudian masak. Mungkin air anda akan masak dengan lebih cepat. Selamat mencuba.
Cara Masak Air Cepat Dengan Gula
Tiba-tiba rumah anda dikunjungi tetamu tetapi ia mahu segera berangkat pulang kerana ada sesuatu hal yang mustahak, sedangkan dia meminta sedikit minuman, bila dibuka tarmus air anda kecewa kerana air panas telah kehabisan. Jika anda dalam keadaan demikian jangan cepat panik, anda bukalah api dapur, ambil sedikit air sejuk dan jerangkan, untuk cepatkan lagi ia mendidih masukkan beberapa sudu gula mengikut kadar air tadi. Kerana air yang dicampurkan dengan gula akan lebih cepat mendidihnya dari keadaan biasa. Disamping itu anda juga akan merasa lebih mudah apabila ingin membancuh minuman tidak perlu lagi dimasukkan gula. Selamat mencuba.
Cara Cuci Bersih Sayuran Dari Kekotoran Dan Ulat
Walaupun kita biasanya berhati-hati ketika mencuci sayuran, khususnya sayuran berdaun hijau kita biasanya merasa bimbang dikhuatiri masih ada telur-telur bahkan ulat-ulat terdapat bersarang dibelakangnya yang tidak kita lihat. Rasa bimbang itu menyebabkan kita mengambil masa yang panjang untuk mencuci sayur dan sudah pasti akan menggunakan air yang banyak. Disini saya syorkan anda mengikuti cara ini yang dirasakan pasti anda tidak akan lagi merasa bimbang atau khuatir, terutama jika memakan sayuran yang berupa ulam, termasuklah ulam raja, mahupun kangkong serta bayam. Caranya mudah aja, setelah anda bersihkan sayuran tadi dengan air sepintas lalu, lalu anda rendamkan sayur tadi sehingga tenggelam dengan air dalam sebuah mangkuk besen yang semuatnya. Kemudian anda masuklah garam dan cuka.Biarkan beberapa ketika sayuran tadi terendam, Hasilnya anda pasti mendapati kekotoran keluar dari sayuran tadi termasuk ulat-ulat, kutu dan sebagainya. Ulat-ulat tadi terlepas dari daun dan ini akan memudahkan lagi untuk anda mencucinya dan anda tidak perlu bimbang lagi.
Kekalkan Warna Hijau Sayur-sayuran
Mudah saja, masukkan sedikit gula apabila memasak sayur hijau seperti sawi, bayam dan lain-lain.
Hilangkan Bau Dalam Peti Sejuk
Ambil beberapa helai daun pandan, masukkan ke dalam peti sejuk (bukan di dalam freezer). Biasanya tiada bau yang tidak disenangi lagi. Selamat mencuba.
Atasi Masalah Tangan Pijar Kerana Cili
Mungkin ada antara anda yang tidak tertahan dengan pijar cili khususnya jika terpaksa memegang cili untuk ditumbuk atau sebagainya, tambah-tambah lagi jika digiling. Rasa panas atau pijar ini boleh diatasi segera dengan menyapukan sedikit garam ataupun minyak kelapa sekelilingnya dan dekatkan pada bahagian api. Memang mulanya anda terasakan begitu panas bagaikan terbakar. Tetapi akhirnya pasti akan segera hilang. Sudah itu barulah dicuci dengan sabun dan air bersih.
Atasi Masalah Hanyir Ikan, Ayam & Daging
Semasa hendak membasuh ikan, ayam atau daging, campurkan segenggam tepung gandum, biarkan seketika. Selepas itu basuh dengan air bersih. Insya’allah. Selamat mencuba.
Cara Hilangkan Hanyir Ikan
Ikan terutamanya haruan dicampurkan dengan air asam jawa pekat. Kemudian rendamkan selama 1 jam. Akhir sekali basuh dengan air biasa.
Hilangkan Hanyir Ikan & Makanan Laut
Ikan yang telah dipotong hendaklah diperam dengan tepung gandum lebih 10 minit sebelum dimasak. Biar seluruh hirisan atau badan ikan tadi dibaluti tepung gandum. Saya rasakan petua ini lebih mujarab daripada memeram dengan air asam jawa.
Agar Daging Cepat Empuk
Untuk mendapatkan daging yang mudah empuk dan menjimatkan masa, anda hanya perlu meletakkan beberapa helai daun nangka ke dalam masakan anda.
Cara Kurangkan Kemasinan Gulai
Biasanya anda akan merasa risau jika gulai yang dimasukkan terlalu masin. Untuk menghilangkan rasa masin itu anda bolehlah ikut petua ini. Ambil hampas kelapa yang anda telah gunakan dan masukkan kedalam kain dan ikat kuat-kuat. Kemudian masukkan hampas yang berikat ini kedalam periuk yang berisi
gulai, biarkan beberapa minit sebelum diangkat.
Cara Membersihkan Kerang
Rendam kerang di dalam air. Kemudian ambil pelepah daun pisang. Buangkan daunnya sahaja. Potong pelepahnya halus-halus dan diramas-ramas dengan kerang. Kulit kerang tadi akan bersih dan putih.
Cara Atasi Hamis Pada Kuali
Setelah digunakan, seperti menggoreng ikan atau telur, kuali anda berbau hamis. Oleh kerana selalu digunakan kuali anda didapati sukar hendak menghilangkan baunya. Untuk mengatasinya, ambil limau nipis, gosoklah merata-rata setiap kali habis menggoreng. Kuali anda tidak berbau lagi.
Cara Tanggalkan Kesan Kopi, Teh dan Darah
Kesan-kesan teh, kopi atau koko yang terkena pada pakaian boleh dihilangkan dengan menyiramkan air yang mendidih ketempat terdapat kesan-kesan itu. Sekiranya masih terdapat kesan-kesan itu maka hendaklah ditampal dengan serbuk pencuci yang dilekatkan dengan air dikawasan itu. Biarkan begitu selama satu jam sebelum dicuci. Bagi menanggalkan kesan darah pada pakaian, rendamkan pakaian dalam air biasa (sejuk) yang berisi garam. Rendamlah hingga kesan itu tanggal. (1 sudu makan garam – 1 pain air).
Agar Kulit Telur Lekang Dengan Mudah
Biasanya telur ayam itik yang baru saja dipungut dari reban (telur baru) begitu sukar hendak kita tanggalkan kulitnya selepas direbus. Kulitnya tidak mudah lekang. Jika dicuba juga menanggalkan kulitnya, isi telur akan menjadi rosak. Jika anda gemarkan kecantikan isinya, mungkin untuk hiasan dalam masakan di majlis tertentu cubalah amalkan petua ini.Sebelum merebus, bersihkan telur-telur itu. Ketika air mendidih, masukkan sedikit garam dan kemudian tutup rapat-rapat. Setelah rebusan cukup masak, kupaskan telur-telur tadi. Hasilnya, kulit-kulit telur amat mudah ditanggalkan.
Menghapuskan Bena Sayuran
Cara untuk menghapuskan bena yang biasanya terdapat pada sayuran seperti bayam, daun geti dan daun asin-asin (cekur) ialah dengan merendam sayuran tadi kedalam air beras sebelum ia disiang.
Kurangkan Kemasinan Ikan Asin / Kering
Caranya dengan merendamkan ikan kering dengan sabut buah kelapa. Rendam selama 2 jam kemudian basuh dan jemurkan di tengah panas.
Cara Elak Semut Memasuki Bekas Gula
Untuk mengelakkan gula daripada dimasuki semut bubuhlah diantara 3 atau 4 biji bunga cengkih kedalam gula itu. Bunga cengkih ini juga akan memberikan keharuman kepada gula itu.
Meratakan Garam Pada Kerepek
Terdapat pelbagai jenis kerepek yang mudah dibuat sekarang ini. Walau bagaimanapun kadang-kadang terjadi kerepek yang tidak rata garamnya. Untuk memudahkan garam rata pada semua kerepek yang digoreng, masukkan air garam pada minyak panas ketika sedang menggoreng kerepek. Cara ini bukan sahaja menjimatkan penggunaan garam malah kerepek anda tidak akan lagi terasa terkurang atau terlebih masin.
Cara Membuat Roti Canai Lembut – Versi 1
Kebanyakan suri rumah mendapati agak sukar untuk membuat roti canai yang lembut seperti yang didapati dikedai-kedai mamak. Dengan mencuba petua ini puan-puan tidak perlu bimbang lagi. Ketika puan-puan mahu membuat adunan elok dicampur dengan sedikit air kelapa kemudian baru diuli seperti biasa.
Cara Membuat Roti Canai Lembut – Versi 2
Ini Pengalaman Saya sendiri. Roti canai kalau nak lembut, pastikan semasa hendak membakar roti canai kuali haruslah cukup panasnya. Kalau kuali cukup panas dan adunan cukup sebati, roti canai anda pasti lembut. Kuali tak cukup panas tak payah cakap handal macamana pun roti canai tetap keras.
Menghilangkan Kesan / Kerak Susu Dalam Botol
Selain dari menggunakan berus, untuk menghilang kesan-kesan susu yang tertinggal didalam botol selepas anak-anak puan-puan menghisapnya, atau puan-puan merebusnya di dalam air panas, ini ada satu cara yang baik. Jika hendakkan kesan susu itu segera hilang. Ambil garam makan yang kasar 1 camca teh, dan masukkan dalam botol, tuangkan air, tutup botolnya goncangkan botol itu. Insya’allah akan bersih dan segera, lebih baik lagi, kalau dituangkan air panas, kuman-kumannya pun mati.
Merangupkan Acar Mentimun
Hirisan mentimun hendaklah direbus dalam air garam hampir setengah jam sebelum campuran bahan lain seperti lobak dan bawang dicampur bersama air gula dan cuka secukup rasa.
Agar Getah Pisang Tidak Melekat Pada Tangan
Selalunya getah akan melekat-lekat pada kedua belah tangan anda jika anda mengupas kulit pisang muda tanpa menggunakan petua atau cara tertentu. Sebelum mengupas kulit pisang muda. Sediakan sebesen air yang telah dilarutkan dengan garam. Masukkan pisang muda yang hendak dikupas kedalam besen. Dengan menggunakan kedua belah tangan anda, kupaslah kulit pisang tersebut tatkala ia masih didalam air garam. InsyaAllah dengan cara ini, getah pisang tidak akan melekat-lekat pada kedua belah tangan anda.
Cara Elak Jag Kaca Pecah Kerana Minuman Panas
Menghidang minuman panas di dalam jag kaca tampak lebih menarik selera anda. Bagi mengelakkan jag itu pecah akibat suhu kepanasan air, ambil sebatang sudu logam dan masukkan ke dalam jag. Tuangkan air panas dan jangan kuatir kerana haba yang dibebaskan akan diserap oleh sudu logam tersebut. Insya’allah. Selamat mencuba!
Agar Buah Epal Tidak Berubah Warna Setelah Dikupas
Setiap kali anda memotong buah epal untuk dihidangkan kepada tetamu atau kepada anak-anak suatu perkara yang sering memeningkan kepala anda ialah kelihatan epal tersebut yang bertukar warnanya menjadi ke coklat-coklatan. Ada satu cara untuk anda mengelakkan epal tadi supaya tidak bertukar warna sebaliknya menjadi lebih menarik untuk dihidangkan, caranya amat mudah sekali iaitu setiap kali selepas mengupas atau memotongnya anda rendamlah ia terlebih dahulu dalam air garam. Biarkan hirisan atau potongan epal ini terendam seketika sebelum diangkat untuk dihidangkan. Cubalah anda pasti tidak akan kecewa.
Hilangkan Bau Nasi Hangit
Kebiasaannya nasi yang hangit kurang sedap dimakan. Untuk menghilang bau hangit itu letakkan dua tangkai lada kering ke dalam periuk dan panaskan sekejap selama dua minit. Insya’allah bau hangit akan hilang.
Supaya Ayam Cepat Empuk
Bagi anda yang masak menggunakan ayam pekan ataupun ayam pasar mengikut istilah orang-orang sekarang tentulah anda tidak menghadapi masalah ayam yang keras dan tidak mudah dimakan. Tetapi bagi anda yang menggunakan ayam kampung ataupun ayam yang anda pelihara sendiri, masalah ayam keras, liat dan sukar dimakan memang menjadi masalah. Bagaimana pun dibawah ini diperturunkan beberapa cara yang dirasakan sesuai untuk anda jadikan panduan untuk melembutkan daging ayam kampung tadi. Caranya ambil daun pepaya secukupnya lalu bungkuslah ayam yang sudah disiang dan dicuci tadi sambil diramas-ramas dan didiamkan beberapa ketika sebaik-baiknya 15 minit. Setelah itu daun papaya tadi diambil dan dibuang serta dibersihkan ayam itu. Setelah bersih barulah boleh dimasak mengikut resepi yang anda rasakan sesuai. Biasanya ayam yang terkena getah betik atau papaya tadi akan cepat lembut setelah dimasak.
Agar Peti Sejuk Tidak Berbau
Letakkan seketul kayu arang yang belum dibakar didalam bekas dan letakkan di dalam peti sejuk. Insya Allah peti sejuk tidak akan berbau. Bila hendak memakan nenas kulitnya jangan dibuang malah boleh diletakkan di dalam peti sejuk juga untuk menyingkirkan bau yang kurang menyenangkan.
Agar Tauge Segar Selalu
Untuk menjadikan tauge segar walaupun disimpan beberapa lama, masukkan tauge yang dibeli ke dalam air yang dicampur sedikit garam kemudian simpan di dalam peti sejuk. Insya’allah tauge akan segar dan tidak masam.
Agar Kacang Hijau Cepat Empuk
Biasanya untuk merebus kacang hijau hingga empuk kita memerlukan masa yang panjang. Bila saja kacang hijau dijerang, masukkan satu camca kecil minyak masak dan satu camca kecil garam.
Elakkan Terung Menjadi Hitam Apabila Sudah Dipotong
Pada mereka yang gemar makan masakan terung, apa yang menjadi masalah ialah apabila kita sudah memotong terung ini dan lambat memasaknya pasti terung itu akan menjadi hitam. Untuk mengelakkannya, ambil garam dengan sedikit air dan rendamlah terung tersebut. Kalau tak mahu air, gunakan garam saja pun boleh.
Atasi Nasi Mentah
Untuk mengatasi masalah nasi mentah, apa yang anda harus lakukan ialah dengan merenjiskan sedikit air yang telah bercampur garam ke atas nasi tersebut. Kemudian nasi itu dibalik-balikkan dan tutup hingga nasi itu berwap.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...